Saturday 20 October 2012

Kebudayaan Kaum Cina

AGAMA ORANG CINA DI MALAYSIA

Buddha

Kaum Cina beragama Buddha atau Kristian. Bagi Penganut buddha, mereka akan pergi temple atau tokong untuk bersembahyang. Mereka biasanya bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina setiap bulan. Penganut buddha atau buddhist menyambut Hari Wesak. Gambar dibawah menunjukkan Perayaan Hari Wesak.

                         

Kristian

Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas.

                     

PERAYAAN:

Tahun Baru Cina

                Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

                    

Pada Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan ayat (对联)yang bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang tahun.
Dibawah menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru Cina.

                    

Hari Chap Goh Mei

Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

                       
  

Pesta Ching Ming

Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak dan cucu-cicit akan pergi ke kubuh atau tempat nenek moyang bersemandi. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang da bahan keperluan asas kepada nenek myang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.

  


Pesta Tuan-Wu

             Pesta Tuan-Wu disambut pada 5 haribulan dalam bulan ke-5 kalender cina.  Perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang patriotisme yang bernama Qu-Yuan pada zaman dahulu yang bunuh diri dengan cara terjun sungai dimana ikat batu pada badan diri untuk mengelakkan mayat terapung. Qu-Yuan bunuh diri kerana sedih dan kecewa terhadap raja yang tidak ingin mendengar nasihatnya sehingga negaranya terjatuh ke tangan orang lain.
             Dengan itu, rakyat yang mensanjungi Qu-Yuan berasa sedih dan kasihan terhadapnya, mereka pun mendayung perahu untuk mencari badan dan mayat Qu-Yuan agar dia boleh diselamatkan. Akan tetapi, mereka gagal mencari mayatnya. Selain itu, mereka juga risau mayatnya dimakan oleh ikan. Maka, mereka memasak nasi dan dibalut dengan daun supaya dibuang ke dalam sungai dan dimakan oleh ikan agar ikan tidak makan mayat dan badan Qu-Yuan.
            Dengan adanya cerita ini, maka Pesta Tuan-Wu disambutkan sehingga masa kini untuk mengenang jasa seorang patriotisme. Oleh itu, makanan "Bak Zhang" dan pertandingan lumba perahu masih disambut setiap tahun sehingga masa kini.
 
           Pertandingan lumba perahu

                                             "Bak-Zhang" yang dibalut dengan
                                                   nasi pulut, daging dan kacang.

Pesta Hantu Lapar

Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-7 dalam kalender cina.

    

Pesta Kuih Bulan 

Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.

Kuih Bulan


Pesta "Dong-Zhi"






Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum cina. Bebola digosok dengan tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah dan warna yang disukai. Selepas itu, bebola dimasak dengan air rebus bercampur daum pandan dan gula. Bebola yang bulat mewakili keluarga yang perpaduan dan selepas makan dianggap sudah bertambah usia setahun. 





               


PAKAIAN ORANG CINA di MALAYSIA: CHEONGSAM dan SAMFU

     
                                                          ceongsam                                 samfu                                              

MAKANAN

 
                 lao-sheng (捞生)                                 shao-bee   烧卖


TARIAN

              
  Tarian Kipas (扇子舞)                                                       Tarian Cina(红绸舞)

38 comments:

  1. Terima kasih kerana berkongsi informasi yang menarik dalam blog ini, teruskan usaha!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih berkongsi maklumat yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih berkongsi maklumat yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. satu blog yg amat bagus. Well done & good job!

    ReplyDelete
  5. satu blog yang cukup menarik, saya rasa ia amat berguna kepada bangsa lain yang ingin mengetahui secara langjut tentang kebudayaan cina.

    ReplyDelete
  6. Menarik! Anak saya keluar air liur apabila nampak gambar bebola pulut yang dipaparkan! Ha..Ha..

    ReplyDelete
  7. gambar yang cantik dan maklumat yang sangat mencukupi.Syabas.

    ReplyDelete
  8. nice,thanks for sharing!

    ReplyDelete
  9. terima kasih kerana saya dapat pengetahuan baru.

    ReplyDelete
  10. Gambar menarik dan penerangan juga jelas.

    ReplyDelete
  11. Gambar menarik dan penerangan jelas.

    ReplyDelete
  12. Gambar menarik dan penerangan jelas.

    ReplyDelete
  13. Kebudayaan kaum Cina. Sesuai unutk matapelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kenegaraan dan Kajian Tempatan.

    ReplyDelete
  14. betul kata cikgu, sangat menarik

    ReplyDelete
  15. Maklumat yang padat berserta dengan gambar yang sesuai.

    ReplyDelete
  16. ilmu ini sangat berguna.. bolehlah saya ambil bahan2 ini untuk mengajar murid2 saya nanti ya... mohon diizinkan untuk share... (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia Cikgu Noorulmalis, terima kasih kerana sudi melawat ke blog saya. Segala maklumat di dalam blog ini memang untuk perkongsian bersama-sama. Jika blog ini boleh membantu cikgu dalam P&P nanti, cikgu menang diizinkan untuk share, ini memang merupakan satu galakan dan sokongan yang besar bagi saya.
      Terima kasih!

      Delete
  17. Blog yang menarik dan telah menambah pengetahuan saya. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  18. cantik dan dapat menambah ilmu pengetahuan !

    ReplyDelete
  19. gambar- gambar yang menarik dan maklumat yang lengkap

    ReplyDelete