Sunday 9 December 2012

 
中国水墨画  ( Lukisan Kaligrafi Cina )
 
 
             Ini adalah gambar lukisan yang menunjukkan nama saya dan nama suami saya dalam tulisan cina dengan menggunakan gambar dan corak bagi bentuk binatang/haiwan dan tumbuhan/bunga-bungaan untuk menghasilkan gambar dalam bentuk lukisan. Nama ini ditulis dan dilukis oleh seorang seniman dari negera China.
Bagi kaum cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga suka menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar (水墨画) seperti gambar feng-shui, bunga-bungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar kaligrafi dilukis pada kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil 'Xuan Zhi'. Oleh kerana kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja, maka berkembanglah seni lukisan yang lain yang berwarna-warni dengan menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan lain-lain.

中央民族管弦樂團 - 喜洋洋



Video ini menunjukkan okestrak cina yang menggunakan pelbagai jenis alat muzik tradisional seperti seruling, er-hu, pi-pa, xiao dan lain-lain lagi untuk menghasilkan sebuah lagu.