Sunday 9 December 2012

 
中国水墨画  ( Lukisan Kaligrafi Cina )
 
 
             Ini adalah gambar lukisan yang menunjukkan nama saya dan nama suami saya dalam tulisan cina dengan menggunakan gambar dan corak bagi bentuk binatang/haiwan dan tumbuhan/bunga-bungaan untuk menghasilkan gambar dalam bentuk lukisan. Nama ini ditulis dan dilukis oleh seorang seniman dari negera China.
Bagi kaum cina, mereka bukan saja menggunakan kaligrafi untuk menulis, tetapi juga suka menggunakan kaligrafi untuk melukis gambar (水墨画) seperti gambar feng-shui, bunga-bungaan, bukit-bukau, kuda, ikan-ikan dan sebagainya. Biasanya gambar kaligrafi dilukis pada kertas yang bermutu, berkualiti dan istimewa yang dipanggil 'Xuan Zhi'. Oleh kerana kebanyakkan lukisan kaligrafi hanya berwarna hitam sahaja, maka berkembanglah seni lukisan yang lain yang berwarna-warni dengan menggunakan tapak tangan, Qi-Gong dan lain-lain.

中央民族管弦樂團 - 喜洋洋



Video ini menunjukkan okestrak cina yang menggunakan pelbagai jenis alat muzik tradisional seperti seruling, er-hu, pi-pa, xiao dan lain-lain lagi untuk menghasilkan sebuah lagu.

Thursday 29 November 2012

Video Pesta Kuih Bulan

 
Video kartun yang menunjukkan perayaan Pesta Kuih Bulan bagi kaum Cina.

Utama

UTAMA:

   Malaysia terletak di Asia, ia dibahagikan kepada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, dimana Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak dipisahkan oleh laut Cina Selatan. Jiran-jiran Malaysia adalah Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina .

   Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Kaum-kaum utama di Malaysia termasuklah Kaum Melayu, Kaum Cina dan Kaum India.
                                                   

Dibawah menunjukkan carta pie bagi banci yang dijalankan pada Tahun 2010 untuk menunjukkan bilangan populasi di Malaysia serta agama-agama yang dianuti oleh penduduk di Malaysia.


Saturday 20 October 2012

Kebudayaan Kaum Cina

AGAMA ORANG CINA DI MALAYSIA

Buddha

Kaum Cina beragama Buddha atau Kristian. Bagi Penganut buddha, mereka akan pergi temple atau tokong untuk bersembahyang. Mereka biasanya bersembahyang pada hari pertama dan hari ke-15 pada kalender cina setiap bulan. Penganut buddha atau buddhist menyambut Hari Wesak. Gambar dibawah menunjukkan Perayaan Hari Wesak.

                         

Kristian

Bagi Kaum Cina yang beragama Kristian, mereka akan pergi ke gereja pada hari Ahad untuk bersembahyang. Penganut Kristian akan menyambut Hari Krismas.

                     

PERAYAAN:

Tahun Baru Cina

                Kaum Cina menyambut Tahun Baru Cina. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar dan terpenting bagi kaum cina. Tahun Baru Cina dianggap penting kerana membolehkan semua ahli keluarga yang belajar atau bekerja di luar negara dapat pulang ke rumah untuk berkumpul bersama. Pada Tahun Baru Cina, ibu bapa atau orang yang lebih tua akan memberi ang pau kepada anak-anak sebagai tanda baik agar mereka boleh hidup dengan lebih sihat dan bahagia. Sebelum sehari Tahun Baru Cina, semua keluarga cina akan berkumpul bersama dan makan bersama-sama (reunion) untuk melambangkan bersatu semula atau perpaduan.Tahun Baru Cina akan disambut selama 15 hari sehingga Chap Goh Mei.

                    

Pada Tahun Baru Cina, orang cina juga suka menggunakan berus untuk menulis pasangan ayat (对联)yang bermakna baik dengan kaligrafi cina pada kertas merah dan ditampalkan pada pintu masuk agar kebaikkan dan kebahagaian akan bersama ahli keluarga sepanjang tahun.
Dibawah menunjukkan contoh kaligrafi cina yang biasanya digunakan pada Tahun Baru Cina.

                    

Hari Chap Goh Mei

Hari Chap Goh Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalender cina. Oleh itu, semua orang cina menyambutnya dengan gembira dan ceria dimana makan dan berkumpul bersama dengan ahli keluarga. Bagi kaum wanita yang belum kahwin, mereka digalakkan menulis nama dan nombor telefon di atas limau mandarin dan dibuang ke dalam sungai. Kaum lelaki yang masih bujang pula boleh mengutip limau yang dibuang agar boleh mencari jodoh mereka menerusi limau mandarin.

                       
  

Pesta Ching Ming

Pesta Ching Ming merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dunia. Biasanya anak-anak dan cucu-cicit akan pergi ke kubuh atau tempat nenek moyang bersemandi. Mereka akan membawa makanan untuk bersembahyang nenek moyang disamping berbul-bual. Selain itu, mereka juga akan membakar kertas-kertas wang da bahan keperluan asas kepada nenek myang kerana mereka yakin nenek moyang jug akan menggunakan wang pada dunia yang ketiga.

  


Pesta Tuan-Wu

             Pesta Tuan-Wu disambut pada 5 haribulan dalam bulan ke-5 kalender cina.  Perayaan ini disambut untuk mengenang budi dan jasa seorang patriotisme yang bernama Qu-Yuan pada zaman dahulu yang bunuh diri dengan cara terjun sungai dimana ikat batu pada badan diri untuk mengelakkan mayat terapung. Qu-Yuan bunuh diri kerana sedih dan kecewa terhadap raja yang tidak ingin mendengar nasihatnya sehingga negaranya terjatuh ke tangan orang lain.
             Dengan itu, rakyat yang mensanjungi Qu-Yuan berasa sedih dan kasihan terhadapnya, mereka pun mendayung perahu untuk mencari badan dan mayat Qu-Yuan agar dia boleh diselamatkan. Akan tetapi, mereka gagal mencari mayatnya. Selain itu, mereka juga risau mayatnya dimakan oleh ikan. Maka, mereka memasak nasi dan dibalut dengan daun supaya dibuang ke dalam sungai dan dimakan oleh ikan agar ikan tidak makan mayat dan badan Qu-Yuan.
            Dengan adanya cerita ini, maka Pesta Tuan-Wu disambutkan sehingga masa kini untuk mengenang jasa seorang patriotisme. Oleh itu, makanan "Bak Zhang" dan pertandingan lumba perahu masih disambut setiap tahun sehingga masa kini.
 
           Pertandingan lumba perahu

                                             "Bak-Zhang" yang dibalut dengan
                                                   nasi pulut, daging dan kacang.

Pesta Hantu Lapar

Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-7 dalam kalender cina.

    

Pesta Kuih Bulan 

Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang penting bagi kaum cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan pada bulan ke-8 dalam kalender cina. Pada hari itu, orang cina akan makan kuih bulan dan kanak-kanak pula akan bermain tanglung. Manakala golongan orang tua akan bersembahyang bulan yang cantik dan bulat pada malam tersebut.

Kuih Bulan


Pesta "Dong-Zhi"






Pesta ini merupakan pesta yang terakhir dalam setahun bagi kaum cina. Bebola digosok dengan tepung pulut dan diwarnakan dengan warna merah dan warna yang disukai. Selepas itu, bebola dimasak dengan air rebus bercampur daum pandan dan gula. Bebola yang bulat mewakili keluarga yang perpaduan dan selepas makan dianggap sudah bertambah usia setahun. 





               


PAKAIAN ORANG CINA di MALAYSIA: CHEONGSAM dan SAMFU

     
                                                          ceongsam                                 samfu                                              

MAKANAN

 
                 lao-sheng (捞生)                                 shao-bee   烧卖


TARIAN

              
  Tarian Kipas (扇子舞)                                                       Tarian Cina(红绸舞)

The Beijing Opera


Video menunjukkan Tahun Baru Cina


Kebudayaan Kaum India

Orang India di Malaysia
                              

AGAMA KAUM INDIA



PERAYAAN : DEEPAVALI dan THAIPUSAN

Orang India menyambut Hari Thaipusam dan Hari Deepavali atau dikenali sebagai Dawali. Pada hari Deepavali, kaum India perlu menyediakan rantai bunga untuk bersembahyang. Mereka juga akan membuat corak yang cantik dengan beras berwarna-warni.




PAKAIAN

Kaum India lelaki memakai pakaian tradisional India yang bernama dothi manakala kaum India perempuan memakai pakaian tradisional India yang bernama sari.

                                                          

MAKANAN



  
                                             tosei
Roti Canai


TARIAN


Tarian India mempunyai banyak jenis. Pergerakan dari tangan, kaki dan kepala sehingga 600 jenis. Biasanya penari akan memakai gelang kaki, gelang tangan dan rantai bunga semasa menari. Apabila menari, gelang-gelang akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang menarik semasa pergerakan.




Friday 19 October 2012

Makanan Dan Tarian Orang Melayu

Orang Melayu suka makanan yang pedas. Oleh itu, nasi lemak  dimana nasi dimasak dengan santan dan lemak bercampuran dengan kacang, ikan bilis, telur rebus, ikan masin serta sambal yang pedas menjadi gemaran orang Melayu. Nasi lemak ini biasanya boleh dijumpai dimana-mana sahaja seperti di gerai, kafeteria dan kantin.
 
 
 
Satay daging seperti daging kambing, daging ayam dan daging lembu juga merupakan makanan tradisional kaum Melayu. Satay daging biasanya dimakan bersama kuah atau sos satay kacang dengan ketupat, timum dan bawang. Satay yang terkenal di Malaysia adalah berasal dari Kajang, Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Satay Kajang. 
 
 
Tarian Joget merupakan tarian tradisional orang Melayu. Tarian Joget ini ditari oleh sepasang lelaki dan wanita bersama dengan irama yang dimainkan.

SATU HARI DI HARI RAYA - M NASIR


Wednesday 17 October 2012

Agama Islam Di Malaysia

                                                                            
Muslim Malaysia bersembayang dalam masjid.
Kebanyakkan orang Melayu beragama Islam. Agama Islam adalah agama terutama di Malaysia. Penganut agama Islam perlu bersembahyang lima kali sehari. Mereka perlu bersembahyang di Masjid pada setiap hari Jumaat. Lelaki dan wanita perlu diasingkan semasa bersembahyang. Hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid atau surau untuk bersembahyang.
Masjid Putrajaya Malaysia