Kaum India

Orang India di Malaysia

                       
        Pada Hari Deepavali, kaum India akan menggunakan beras yang telah diwarnakan untuk menghasilkan corak-corak dan gambar-gambar yang cantik dan berwarna-warni. Gambar diatas menunjukkan contoh gambar yang cantik.
        DEEPAVALI atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita. Masyarakat Hindu menggunakan cahaya sebagai makna simbolik untuk menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan. Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abadi.
         Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan untuk menyambut kelahiran ‘cahaya dalaman’ yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari. Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.
                   
             Masyarakat India biasanya menyalakan pelita di depan rumah sempena Hari Deepavali.

Kaum India di Malaysia

AGAMA ORANG INDIA



PERAYAAN : DEEPAVALI dan THAIPUSAN

Orang India menyambut Hari Thaipusam dan Hari Deepavali atau dikenali sebagai Dawali. Pada hari Deepavali, kaum India perlu menyediakan rantai bunga untuk bersembahyang. Mereka juga akan membuat corak yang cantik dengan beras berwarna-warni.




PAKAIAN

Kaum India lelaki memakai pakaian tradisional India yang bernama dothi manakala kaum India perempuan memakai pakaian tradisional India yang bernama sari.



MAKANAN



tosei
Roti Canai


TARIAN


Tarian India mempunyai banyak jenis. Pergerakan dari tangan, kaki dan kepala sehingga 600 jenis. Biasanya penari akan memakai gelang kaki, gelang tangan dan rantai bunga semasa menari. Apabila menari, gelang-gelang akan mengeluarkan bunyi-bunyi yang menarik semasa pergerakan.
 
 
Alat muzik kaum India

 Sitar ( Tantrigad )




















  • Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan iaitu Parsi.
  • Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai / tali logam.
  • menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik.
  • Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.
  • jenis lute
  • 7 tali gut untuk memainkan melodi dan talal (skel)
  • tali lain berfungsi untuk memainkan drone
  • terdapat 13 fret yang boleh diubah kedudukan
  • mempunyai sound chamber
  • dipetik menggunakan pemetik logam dipanggil mizrab

Pungi(Sushir)
  • terkenal bagi menjinakkan ular tedung
  • diperbuat daripada labu dan dua batang tiub kayu,biasanya dari bambu.
  • mempunyai bunyi melodi dan drone.
  • biasanya dimainkan oleh pemain ular yang berpengalaman








Pakhwaj(Anandha)             

                                                                                           
  • juga dipanggil mardal atau mardala.
  • mempunyai dua muka yang berbeza saiz.
  • mengiringi Drupad
  • Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.
  • Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.
  • Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.
  • Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.
  • Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.




 

4 comments:

  1. koleksi yang menarik. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Kaum India yang menggunakan beras yang telah diwarnakan untuk menghasilkan corak-corak yang kreatif amat mengkagumkan! maklumat ini amat bermanfaat kepada saya!

    ReplyDelete
  3. Maklumat ini amat membantu saya untuk menyiapkan kerja rumah saya... terima kasih :) AQ

    ReplyDelete